kali pertama aku kenal dia dari video nilah (tak boleh embed kat sini).
dari zaman friendster, ada orang tampal dekat bawah profile dia.
sejak dari tu aku perlahan2 jenguk tulisan dia.
mana aku tau, adik aku yang angah pun dah quite sometime layan puisi dia.
kali pertama aku jumpa dia, Rantai2008, dia baru kahwin masa tu.
sejak zaman berbalas mesej diam2 dekat myspace, aku simpan dia senyap2 dalam hati.
aku tak suka kongsi. beberapa waktu lepas dia masuk stream yang dia nak,
dia masuk arena hiburan sekejap2.
jatuh bangun. semua ada.
aku bukan takat fanatik dia, aku pernah bergaduh dengan orang sebab menangkan dia.
aku pernah kena maki sebab tulisan aku dan gaya aku jadi sama macam dia.
peduli apa aku masa tu.
terima kasih dekat dia,
aku betul jumpa laluan sunyi yang selalu menyorok dalam diri aku.
yang hari ni, selepas aku kenal dia, kawan2 nampak dekat aku.
dia ajar aku pegimampuskan orang yang menyakitkan hati,
dan belaisayang orang yang jaga aku.
kerana dia aku balik sujud pada umi, belajar menghargai sebelum aku hilang macam dia kehilangan,
kerana dia ajar, aku balik peluk cium adik2, sebab satu masa dulu aku sibuk nak lari dari rumah,
konon nak hidup bebas kat luar.
kerana dia aku belajar hargai apa yang masih ada.
dia malaikat cinta yang aku agungkan.
salah satu benda aku sengihkan sambil buat entri ni,
kisah dia dengan suami.
malam dia serahkan segala hati pada dunia,
malam dia dah putus asa pada semuanya,
esok dia jumpa suami dia.
sweet kan?
dan ayat membujuk aku adalah tentang doa dia untuk aku sebagai bunda di masa depan.
dia kata aku yang mulut manis, dia tak sedar, dia la tok guru.
hihihi.
2 tahun dah tak jumpa. rinduu!

No comments:
Post a Comment