20140922

#7Tahun7Hari

ada satu zaman, di bila mana 80% bahan bacaan adalah dari sumber blogspot, 
blog gadis yang kini seorang wanita muda yang cantik adalah tempat aku habiskan kurang-kurang sepuluh minit

Fynn Jamal pernah cakap, kenapa orang ulang baca tulisan dan suka pada tulisan dia (Fynn) kerana ia adalah pengalaman sendiri
tulisan jujur, tak ada bunga-bunga bahasa unik dan hyperbola
atau tak perlu ada drama-drama

sama dengan dia
lebih dikenali sebagai gadisjahat, sebenarnya tak jahat mana

zine pertama dia, Tentang adalah koleksi pertama dari dia yang aku ada
dan selepas kahwin, dia keluar dengan buku kedua

#7Tahun7Hari

pertama sekali kau akan rasa macam tengah baca novel fiksyen
penuh drama hatta dalam cerita yang pertama

aku senang baca keseluruhan buku ni

dan amazingly, awin (nama sebenar) ada rasa jujur dalam penceritaan

berkerut muka bila baca kisah hidup awin sebagai anak kecil
senyum sampai nampak gusi bila baca kisah cinta awin dan suaminya, amir

hidup yang penuh drama dan babak-babak cemas
seolah-olah ini penceritaan semula yang tak nampak real pun dalam kehidupan

no wonder she is becoming who she is now

7 Tahun 7 Hari bukan cuma cerita kosong

aku kira ini adalah pembogelan awin pada dunia
tentang cerita dia
tentang mana Tuhan bawak dia bila dia terawang-awang
dengan harapan, satu masa nanti kalau ada gadis-gadis di luar sana yang melalui jalan yang sama dengan dia,
akan sedar harapan tu ada
dan better life is there for you,
as long as you work for it

mungkin bukan buku ilmiah formal,
go get it and read it.

you know you will like it and love her. 


No comments:

front seat,