20140922

Rezeki

sebut pasal rezeki semua orang tahu
bukan hak seorang manusia pun atas rezeki orang lain
apa yang dah tertulis tu lah dia rezeki kita

dulu aku selalu nak pertikaikan
kalau betul rezeki, jodoh, hidup dan mati tu dah ditetapkan
kenapa kita ni beriya-iya nak berusaha
zaman bangang muda mudi belum remaja
sampai satu hari ada ustazah yang jawab soalan salah sorang kawan dalam kelas pasal hal ni
di mana kenapa kita kena usaha tu
sebab kita ada peluang mengubah nasib kita

macam contoh, kan
takdir kata kita mati umur 26
kita tak tahu pun
tapi sebelum sampai umur 26 tu kita usaha
belajar rajin-rajin, masuk univerisiti
lepas ijazah dapat kerja bagus
berjaya sumbang sikit sebanyak kat mak ayah
hidup terus jadi diredhai 
dan kita mati jadi anak yang dikenang mak ayah sebagai anak yang baik
mati tetap mati
tapi kita ada usaha memperbaiki dan memberi yang terbaik

haa, kurang lebih macam tulah

sama macam sebelum kahwin dulu
aku rasa ramai jugaklah yang sibuk tanya bila nak kahwin, dah ada boyfriend bila lagi?
hatta bekas kekasih yang lepas tu sempat jadi kawan beberapa waktu pun sibuk bertanya
ada satu tahap aku rasa sebenarnya yang tanya tu bukan ikhlas pun
tapi sibuk nak tengok sama ada dia boleh dapat lagi lebih dari aku ke tak
mungkin aku je yang rasamacam tu
mungkin memang betul yang tukang tanya tu concern
maka aku tak tahu

sekarang dah kahwin
dah tahu kan apa soalan cepu emas intan berlian sekarang?
haaa apa lagi kalau bila pulak nak ada anak?
usia perkahwinan ni memang nak masuk setahun
kadang-kadang bila pusing keliling kawan-kawan yang sama kahwin searena dengan kami dah ada yang nak menimang anak pun
jawapan constant aku dan suami; belum rezeki sambil senyum segaris
entah, ramai yang tanya mungkin semuanya murah rezeki dengan anak
sebaik nikah terus lekat, mungkin itu bukan rezeki aku dan suami

sentap lah juga kadang-kadang asal berjumpa itu je soalan
maka aku nekad untuk tidak tanya soalan yang sama pada kawan atau kenalan yang tak rapat mana dengan aku soalan yang sama
yelah, aku pun tahu apa rasa maka seeloknya tak bertanya hal yang sama

cuma, inilah jawapan terbuka dekat sini, siapa yang baca tahu yang tidak maka tak apa.
selagi gagah menjawab dalam senyum aku jawabkan nanti bila dah tak larat aku pandang sajalah dengan mata.

soal anak, waris, memang aku dan suami tak rancang
kami berpegang pada prinsip rezeki, kalau iya ada maka ada.
sebagai pasangan yang sudah halal, kami sama2 mahu ada the junior version of us
pada yang sudi, doakanlah rezeki itu dibagi pada kami
moga macam mana Tuhan murahkan rezeki kami masa nak kahwin dulu, 
sama juga kali ni. :)
selain usaha, kami berserah 100% pada yang atas sana tu

No comments:

front seat,