20200811

corporate world,

aku kira, september akan jadi tahun kesembilan bergelumang dalam dunia korporat. 

dunia pekerjaan. 

dalam masa sembilan tahun tu juga, aku dah berkhidmat dia lima syarikat berbeza. tenure paling lama, dengan syarikat yang sekarang.

aku graduan jurusan engineering, tapi takdir hidup membawa aku untuk bekerja dalam dunia korporat yang tak ada kait-mengait dengan empat tahun proses pembelajaran di ceruk paling utara dalam negara ni. 

sembilan tahun, lima company. macam-macam yang aku belajar dan aku rasa ada juga sumbangan yang setimpal yang sempat aku tinggalkan. atau paling tidak, senyum manis dan ramah tamah dengan mana2 ex-colleague yang ada. 

it may be too early for me to say with such experience, but i shall just blurt it out.

do know, that there is no such place that is perfect. 

jujur. itu realiti.

dan tak ada satu pun tempat kerja yang aku pernah kerja, without any office politics. dari sekecil2 organisasi apatah lagi yang besar gedabak. 

i've tried not to get involved, but most of the time, i just ended up sitting in the middle of it. 

i guess, itu lah asam garam kehidupan. bekerja dengan orang lain cabaran, bekerja sendiri jangan sangka tak ada terma stress dalam kehidupan kau. 

so why do i blog this?

sebab untuk beberapa hari kebelakangan or to be exact probably weeks and maybe months, i just got tired of managing issues related to this. belum masuk kisah incompetency of certain people that should be leading you and some ignorant people who just thought diorang lagi tinggi dari tuhan. 

so i thought to just write it down so maybe satu hari nanti kalau aku adalah orang yang sukses itu, seperti mana aku definasikan sukses, aku tak buat perangai sampah menyusahkan macam dekat bawah :

no. 1 - obvious favouritism. look, sebagai manusia biasa, it is very normal untuk kau memilih selesa dengan A dari B atau C. But, kau kena tahu, limitasi dengan certain authority yang kau ada, untuk bezakan betul dan salah. friendship or work-ship. (aku tak sure ada ke tak terms tu, guna sengkang lebih mudah). it has come to my attention, yang ada orang simply buta mata buta hati bila favourite people dia buat hal. tapi awas, jangan orang lain yang buat pasal. terus tak sempat hela nafas baru you called them for corrective action. once or twice could be something yang nak dibolayankan. but when it happens too frequently, dengan mudahkan aku hilang hormat. walaupun, sesetengah orang tu paling lemah lembut bahasanya, paling beriman lakunya. you're a leader. act like one. kalau nak ikut buku, untuk semua kau kena ikut buku. kalau tak, dengan semua kau harus rational. 

due to this kind of things, ada dah few times aku terlepas marah. which is not good, sebab aku tak suka nak marah orang luar dari family. kau bukan tanggungjawab aku. aku kira macam tu. '

no. 2 - advantage taker. ni memang bersepah. di mana saja. pantang nampak peluang, menonong ambil apa saja peluang asal dia tak payah susah. look, having connection is good, tapi kalau seronok sangat sailang sana sini, eh, kau salah orang. aku malas layan lagi ada. sebab nanti aku tolong jadi tak ikhlas. buat rugi opportunity aku dapat pahala je. so, kebanyakan masa, aku layankan permintaan kalau aku tengah kesian or aku memang tengah free. selalunya sebab yang pertama tu. ye, aku memang sejenis senang kesian. 

no. 3 - sejenis dah lama menjadi dinosour, tapi bila bab buat kerja termanggu-manggu. ini, aku paling penat nak handle. seriously, your service year dah melayakkan kau menjadi fossil. but, because you're too ignorant or perhaps too complacent, you simply ignore your capabilities and in the end, kau kena susahkan orang lain. aku faham kalau older generations susah nak adapt to technology. dan tak dinafikan ada je ramai older generations yang cekap cekang and up to date. masalah dia jadi adalah, introduction of these techs suppose to help you to reduce waste, reduce resources berbayar dan make it easy. ada yang kau tinggal nak copy paste ke kerja kau je. but, alasan and sebab yang aku selalu dengar "oh tak reti" or "oh tak perasan". paling membosankan, kantoi dengan orang2 yang baru dalam service. like, habis tu selama empat puluh abad kau kerja sini, kau buat apa? menghabiskan beras je? 

at times, aku rasa give up. tapi selalunya ada dalam lingkungan orang yang kerja rapat dengan aku so how could i leave them behind? 

no. 4 - credit taker. pernah dengar kan, lembu punya susu, sapi dapat nama? aku pernah dapat manager yang macam ni. aku sampai menggigil marah sebab punya dah lama bersabar. tau-tau kerja kena sailang, dan boleh buat tak tahu je lepas tu. ini memang leeches. tau kan, lintah kerja dia hisap darah orang? thank god, aku kerja tak lama dengan manager tu. 

aku rasa, cukup dulu kot. lain kali sambung kalau teringat. dah masuk asar dah pun. aku nak sign out kerja awal hari ni. demam. 

semoga bukan sakit yang aneh2. 

tahun 2020 dah masuk ogos. gila masa berlalu entah apa pencapaian aku tahun ni selain boleh masak lauk selain ayam/ikan goreng. lol.

No comments:

front seat,